Friday, February 3, 2023
22.5 C
Brunei

-

Rashford sumbat gol ke-100 England

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – England tampil agresif pada perlawanan ketiga dalam kumpulan B menentang Wales yang berlangsung pagi tadi dengan kemenangan 3-0 berpihak kepada England.

England kini berada di puncak kumpulan B dengan tujuh mata setelah tiga perlawanan. Manakala, Amerika Syarikat yang berjaya menewaskan Iran dengan jaringan 1-0 berada di tangga kedua.

Meskipun England dan Wales terikat tanpa jaringan pada babak pertama, namun skuad kendalian Gareth Southgate tampil lebih menyerlah pada babak kedua apabila Marcus Rashford berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-50 dan disusuli dengan jaringan pemain muda sensasi dari Manchester City, Phil Foden selang seminit kemudian.

Ketinggalan dua jaringan, Wales kemudiannya dikejutkan dengan gol ketiga England menerusi Rashford pada minit ke-68 dengan bantuan Kalvin Phillips.

Gol kedua Rashford dalam perlawanan kali ini merupakan gol ke-100 England dalam Piala Dunia, yang menjadikannya sebagai pemain kedua Manchester United yang menjaringkan tiga gol untuk England selepas Bobby Charlton pada Piala Dunia 1966.

Dengan kemenangan tersebut, England telah menduduki tempat teratas dalam peringkat kumpulan buat kali pertama sejak tahun 2006, apabila mereka disingkirkan oleh Portugal pada peringkat suku akhir.

Aksi pemain England, Marcus Rashford (kiri), menjaringkan gol semasa perlawanan kumpulan B menentang Wales di Stadium Ahmad bin Ali (Ar-Rayyan), Qatar. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -