Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rashford tidak dapat beraksi

    LONDON, 13 APRIL – Marcus Rashford akan terlepas perlawanan suku akhir pertama Liga Europa Manchester United menentang Sevilla minggu ini selepas mengalami kecederaan otot yang berkemungkinan menghalangnya untuk beberapa perlawanan, kelab itu mengumumkan kelmarin.

    Pemain berusia 25 tahun itu, yang telah menjaringkan 28 gol untuk skuad bimbingan Erik ten Hag musim ini, terpaksa dikeluarkan daripada perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Everton baru-baru ini, sambil memegang pangkal pahanya.

    United, yang menyasarkan trofi treble, berkata dalam satu kenyataan bahawa penilaian kecederaan itu “mencadangkan bahawa Marcus tidak akan dapat bermain untuk beberapa perlawanan, tetapi dijangka akan kembali untuk musim ini”.

    Bercakap kepada pemberita sejam selepas kemas kini United mengenai penjaring terbanyak mereka, Ten Hag berkata dia tidak dapat memberikan maklumat lanjut.

    “Saya tidak boleh memberikan butiran lanjut mengenainya kerana kita tidak tahu,” katanya.

    “Kami perlu melihat bagaimana kecederaan tersebut beransur pulih. Sudah tentu ia sesuatu yang mengecewakan.

    “Tetapi dia tidak benar-benar patah hati kerana tahu dia akan kembali dengan cepat, jadi dia optimistik dan memulakan pemulihannya supaya dia dapat kembali segera.”

    Rashford pasti akan terlepas perlawanan menentang Sevilla esok di Old Trafford. – AFP

    Rashford meninggalkan padang semasa perlawanan antara Manchester United dan Everton di stadium Old Trafford, England, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda