Monday, February 24, 2025
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasuah: Beberapa ahli politik Saudi diberkas

    RIYADH, 7 Nov – Berbelas-belas orang ahli politik dan ahli perniagaan Saudi terkenal yang diberkas dalam tindakan antirasuah akan dibicarakan, peguam negara berkata semalam, selepas tindakan pembersihan terbesar ke atas orang elit di negara beraja itu dalam sejarah moden.

    Pihak berkuasa membayangkan mereka mungkin meluaskan tindakan selepas putera-putera, menteri-menteri dan juga taikun jutawan Al-Waleed bin Talal diberkas dalam tindakan hujung minggu lalu – beberapa jam selepas suruhanjaya antirasuah yang diketuai oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah ditubuhkan. Tindakan itu menekankan penyusunan semula struktur yang tidak pernah dijalankan sebelum ini di negara beraja itu ketika Putera Mohammed meningkatkan usaha reformasi dramatik bagi era selepas minyak sementara mengukuhkan kuasa sebelum penggantiannya sebagai raja.

    “Kesemua yang disyaki akan sepenuhnya dapat menggunakan sumber undang-undang dan perbicaraan akan diadakan tepat pada masanya dengan cara terbuka,” Peguam Negara Sheikh Sau dal-Mojeb berkata dalam satu kenyataan, dengan menerangkan tindakan itu sebagai ‘fasa satu’.

    “Banyak sekali bukti telah pun dikumpul dan soal siasat terperinci telah dijalankan,” dia menambah kata tanpa menyebutkan rangka masa bagi perbicaraan.

    Mojeb berkata pihak berkuasa terpaksa meneruskan penyiasatan mereka ‘dengan berhati-hati’ untuk memastikan ‘tidak lari dari keadilan.”

    Televisyen Saudi, Al-Arabiya melaporkan bahawa 11 orang putera, empat menteri masa ini dan berbelas-belas bekas menteri telah diberkas ketika suruhanjaya melancarkan penyiasatan ke atas kes-kes lama seperti banjir yang memusnahkan Jeddah, bandar Laut Merah pada tahun 2009.

    Seorang pegawai kerajaan telah memberikan kepada AFP senarai nama-nama orang terkenal, termasuklah Putera Al-Waleed, yang disenaraikan di kalangan lelaki terkaya di dunia.

    Suruhanjaya antirasuah telah mendedahkan bukti yang merujuk kepada ‘rasuah berleluasa’, menurut presidennya Khalid Bin Abdulmohsen al-Mehaisen dalam kenyataan berasingan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda