Rasuah, COVID-19 tumpuan pilihan raya Tonga

NUKU’ALOFA, TONGA, 18 NOV – Rakyat Tonga turun mengundi hari ini dengan rasuah dan penularan satu kes COVID-19 menjadi agenda utama bagi pengundi di negara kecil Pasifik Selatan itu.

Kempen pilihan raya tahun ini tidak semeriah dahulu kerana sekatan perjalanan dilaksanakan selepas Tonga merekodkan kes koronavirus pertama awal bulan ini – seorang pengembara diuji positif ketika dalam kuarantin selepas tiba dari New Zealand.

Kes itu menamatkan status Tonga sebagai lokasi bebas virus terakhir di dunia, meskipun kes positif itu rendah jangkitannya.

Walau bagaimanapun terdapat kebimbangan keupayaan sistem kesihatan untuk menangani virus jika ia menular dalam komuniti.

Negara berpopulasi 106,000 itu di bawah pemerintahan feudal sehingga 2010, apabila pemerintahan monarkinya mempertingkatkan demokrasi selepas rusuhan empat tahun sebelumnya yang meranapkan pusat bandar Nuku’alofa. – AFP