SAN SALVADOR, 29 DIS – Pihak berkuasa Salvador kelmarin menahan Datuk Bandar Soyapango, sebuah bandar yang dikepung oleh tentera dalam peperangan menentang kumpulan dadah, kata pejabat peguam negara, dengan tuduh menerima rasuah.
“Dalam mematuhi misi kami untuk mengawasi kepentingan masyarakat, malam ini, waran telah dikeluarkan untuk menangkap Datuk Bandar Soyapango, dalam operasi yang diselaraskan dengan polis,” kata Pejabat Peguam Negara melalui halaman Twitter.
Nercy Montano dituduh menggelapkan dana awam, mengabaikan tugasnya sehingga menjejaskan pentadbiran awam dan penyelewengan kuota buruh.
Sejak awal Disember, seramai 8,500 askar dan 1,500 polis telah mengepung Soyapango, bandar ketiga terbesar di negara tersebut, yang terletak di pinggir ibu kota San Salvador.
Dua lagi kawasan kejiranan di ibu kota Salvador turut dikepung oleh sekurang-kurangnya 2,000 tentera sejak 24 Disember.
Sejak dua minggu lalu, Montano menghadapi bantahan oleh pekerja datuk bandar yang menuntut pembayaran gaji dan faedah buruh lain.
Datuk bandar yang ditahan itu adalah sebahagian daripada parti Nuevas Ideas, yang merupakan sekutu terpenting kerajaan dalam Kongres. – AFP