BEIJING, 22 SEPT – Seorang hartawan China yang juga merupakan pengkritik kepada presiden Xi Jinping telah dipenjara selama 18 tahun hari ini atas kesalahan rasuah dan penggelapan dana awam, menurut kenyataan mahkamah.
Ren Zhiqiang – pernah berada dalam Parti Komunis – menghilang dari pandangan umum pada Mac, tidak lama kemudian menulis karangan yang mengecam tindak balas Xi terhadap wabak koronavirus.
Keputusan hari ini mengatakan Ren telah menggelapkan hampir 50 juta yuan dana awam dan menerima rasuah bernilai 1.25 juta yuan, menurut pernyataan mahkamah.
Mahkamah mengatakan lelaki berusia 69 tahun ‘secara sukarela dan jujur mengakui semua kesalahan’ dan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah.
Dia turut didenda sebanyak 4.2 juta yuan.
Presiden Xi dan Parti Komunis dituduh menggunakan tuduhan rasuah untuk meredakan kritikan.
Beijing mula meningkatkan serbuan ke atas orang awam sejak Xi mengambil alih kuasa pada 2012, mengetatkan sekatan terhadap kebebasan bersuara dan menahan ratusan aktivis dan peguam.
Keputusan hari ini mendakwa Ren juga ‘menyalahgunakan kuasanya dalam peranannya di Huayuan Group. – AFP
