Saturday, January 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasuah perlu dibanteras

    MEXICO CITY, 28 Jun – Serik dengan rasuah dan keganasan, rakyat Mexico membuang undi Ahad ini dalam pilihan bersejarah yang bakal menghukum pertubuhan politik dan memberi jawatan presiden kepada Andres Manuel Lopez Obrador.

    Mendahului dengan lebih 20 mata dalam undian, ahli politik terkenal dengan kelantangan dan dikenali sebagai ‘AMLO’ yang dijangka menjadi individu seterusnya dalam senarai calon antipenubuhan yang diserap masuk ke pejabat yang dibayangi dengan ketidakpuasan hati.

    Tetapi terdapat sesuatu yang unik dalam mesejnya dan cara menaikkan semangat pengundi.

    Rakyat Mexico berang dengan rasuah yeng berleluasa dan insiden keganasan yang menyebabkan 25,000 orang terbunuh tahun lepas, jumlah rekod yang mungkin akan dipecahkan tahun ini dalam kejadian pertumpahan darah oleh kumpulan kartel dadah.

    Sebahagian besar pengundi memandang rendah dua parti yang mentadbir Mexico hampir sedekad: Parti Institusi Revolusi (PRI) dan Parti konservatif Tindakan Rakyat (PAN).

    Andres Manuel Lopez Obrador berucap semasa perhimpunan penutup kempen di Mexico City kelmarin. – AP

    Lopez Obrador menyifatkan kedua-dua parti itu sebagai ‘kuasa mafia’, mesej disampaikan kepada orang ramai walaupun janji bekas datuk bandar Mexico City masih kabur. “Dasar-dasar yang kita jalani dalam tempoh 30 tahun kebelakangan tidak berhasil. Kita tidak melihat pertumbuhan ekonomi,” Lopez Obrador memberitahu penyokongnya apabila dia mengakhiri kempennya kelmarin.

    “Apa yang meningkat adalah rasuah, kemiskinan, jenayah dan keganasan. Itu adalah sebab kenapa kami akan menghapuskan dasar-dasar tersebut.”

    Serangan tersebut menyebabkan pesaing Lopez Obrador bergelut untuk menjauhi diri mereka daripada legasi parti-parti mereka dan menyifatkan ideanya sebagai berbahaya.

    Berdasarkan undiannya, calon PRI dan PAN, mantan menteri kewangan, Jose Antonio Meade dan bekas speaker Kongres Ricardo Anaya masing-masing bergelut untuk menyampaikan mesej. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda