Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasuah projek hampir RM110 juta, 3 ditahan termasuk ‘Datuk’

    PUTRAJAYA, 31 JULAI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk bekas pegawai di satu anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bergelar ‘Datuk’ disyaki menerima rasuah membabitkan satu projek perumahan berjumlah hampir RM110 juta.

    Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki berusia 40 hingga 60-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM antara jam 6.30 hingga jam 7 petang kelmarin. 

    “Seorang lagi individu turut hadir memberi keterangan, namun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan dirakamkan,” menurut sumber itu.

    Menurut sumber, kesemua mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat pembinaan sebagai balasan bagi menandatangani perjanjian pembangunan tambahan (SDA) membabitkan projek pembangunan Rumah Aspirasi Rakyat daerah Kuantan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah SPNB.

    “Perjanjian yang ditandatangani ini dipercayai mengandungi klausa yang berat sebelah sehingga menyebabkan SPNB menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit,” menurut sumber.  

    Kesemua mereka direman selama lima hari bermula kelmarin hingga 3 Ogos ini selepas Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya kelmarin.

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan kesemua suspek. – Bernama

    Gambar Freepik

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda