Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasulullah SAW teladan keluarga Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1447 Hijrah di Royal Berkshire, Tarindak D’ Polo, Jerudong, hari ini.

    Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berserta Kerabat Diraja.

    Keberangkatan tiba YTM dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah.

    Turut menjunjung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad selaku Pengendali Bersama; Pemangku Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Timbalan Menteri Kewangan dan Eknomi, Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid serta Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat ke perhimpunan tersebut.

    Sejurus itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berserta Kerabat Diraja diiringi oleh Pemangku Ketua Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Umiyati binti Haji Mohammad Noor selaku Pengerusi Bersama Majlis; Penasihat-Penasihat Bersama serta Pengerusi-Pengerusi Bersama daripada Pengendali-Pengendali Bersama Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1447 Hijrah dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh mahasiswi Tahun Satu, Jurusan Usuluddien, Universiti Al-Azhar Mesir dan Johan Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Kebangsaan Tahun 2024 dan 2025, Dayang Najla’ Sabreena binti Haji Abdul Rajid

    Pemangku Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Umiyati binti Haji Mohammad Noor dalam sembah alu-aluan, beliau menyembahkan bahawa Majlis Perhimpunan Khas Wanita bagi tahun 1447 Hijrah ini merupakan kali ke-32 sejak mula diadakan pada tahun 1416 Hijrah bersamaan 1995 Masihi.

    Pemangku Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Umiyati menyampaikan sembah alu-aluan di majlis itu.

    Beliau turut menyembahkan bahawa setiap kali memperingati Maulud Nabi Muhammad SAW, ia bukan sahaja menyambut hari kelahiran Baginda, malah yang lebih utama menzahirkan rasa cinta, syukur dan penghargaan terhadap anugerah terbesar Allah SWT kepada umat manusia.

    “Rasulullah SAW adalah rahmat kepada sekalian alam, contoh teladan terbaik serta pembawa cahaya petunjuk dan kebenaran,” tambahnya.

    Tema sambutan pada tahun ini ‘Rasulullah SAW Adalah Teladan Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah’ amat bertepatan dengan aspirasi wanita Islam dalam membina institusi keluarga berteraskan kasih sayang, ketenangan dan rahmat.

    Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh terbaik dalam mendidik ahli keluarga, menyantuni isteri-isteri Baginda dengan penuh kelembutan serta membimbing anak-anak dengan hikmah dan kasih sayang.

    Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

    Majlis turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Widad binti Dato Dr Haji Abdul Aziz.

    Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Widad menyampaikan ceramah khas di majlis itu.

    Bacaan selawat oleh pelajar-pelajar Sanah 5 dan 6 Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit telah memeriahkan majlis berkenaan.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Pendidikan Ugama Kanan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Noor Rasidah binti Haji Sharbini.

    Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1447 Hijrah dikendalikan Bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

    Bacaan selawat oleh pelajar-pelajar Sanah 5 dan 6 Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit.
    Antara yang hadir di Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Royal Berkshire, Tarindak D’ Polo, Jerudong, hari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda