Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratcliffe terus buru Chelsea

    LONDON, 2 Mei – Lelaki terkaya di Britain, Jim Ratcliffe enggan dipinggirkan dalam cubaan membeli kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dari Roman Abramovich.

    Ratcliffe terbabit dalam bola sepak selepas membeli pasukan Switzerland, Lausanne pada 2017, sementara syarikatnya turut menunjukkan minat terhadap pasukan Perancis, Nice.

    Peminat Manchester United berusia 66 tahun itu dikaitkan dengan bidaan bagi mengambil alih Chelsea dari Abramovich selepas usahawan Rusia itu dilaporkan tidak mengambil tahu urusan di Stamford Bridge pada musim ini.

    Bercakap selepas pelancaran pasukan berbasikal Team Ineos, penjenamaan semula Team Sky yang diambil alih oleh Ratcliffe, pemilik syarikat gergasi bahan kimia, Ineos itu berkata dia tidak mahu menutup pintu terhadap potensi untuk mendapatkan Chelsea.

    “Anda tidak akan katakan tidak tetapi saya tak tahu bila perbincangan itu akan berakhir,” kata Ratcliffe kepada BBC Sport.

    “Saya rasa kami sudah mula membabitkan diri dengan bola sepak. Ia adalah sukan yang rumit, dunia yang rumit.

    “Kami membeli kelab di Switzerland dan ia banyak mengajar kami. Kami tidak dapat mencapai ke tahap seperti mana dalam dunia perniagaan dan bahan kimia dengan sikap terburu-buru atau tindakan bodoh.

    “Kami akui ia adalah dunia yang sangat rumit. Kami tidak terlalu terdesak untuk menamatkannya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda