Ratu Afrika Selatan dinobat Miss Universe 2019

ATLANTA, 9 DIS – Wakil Afrika Selatan dimahkotakan sebagai Miss Universe di Atlanta, pada acara gemilang yang dipenuhi ucapan mengenai pemerkasaan golongan wanita.

Zozibini Tunzi, 26, mendahului finalis dari Puerto Rico dan Mexico, dalam acara yang disiarkan secara langsung serta dikendalikan personaliti televisyen, Steve Harley sebagai pengacara.

Personaliti televisyen, Vanessa Lachey dan Olivia Culpo pula diberi mandat sebagai pengulas belakang tabir manakala barisan pemenang ditentukan oleh barisan tujuh hakim wanita.

Tunzi mendapat tepukan gemuruh ketika memberikan ucapan penutup, iaitu segmen terbaharu pada pertandingan itu, dan bercakap mengenai keinginannya untuk memperkasakan golongan wanita muda agar tampil lebih berkeyakinan.

“Saya membesar dalam dunia yang menyaksikan wanita dengan kulit dan rambut seperti ini, tidak pernah dianggap cantik.

“Sudah tiba masanya sentimen seumpama itu dihentikan,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh penonton.

Tunzi menewaskan lebih 90 peserta seluruh dunia pada edisi ke-68 Miss Universe yang diadakan di Studio Tyler Perry, Atlanta. – AFP

Miss Universe 2019 dari Afrika Selatan yang baru dimahkotakan, Zozibini Tunzi (tengah) selepas pertandingan Miss Universe 2019 di Studio Tyler Perry di Atlanta, Georgia, pada 8 Disember. – AFP