Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratu cantik India lucut sendiri gelaran

    Sejak minggu lalu, dunia penganjuran ratu cantik kecoh dengan kisah pemenang mahkota Miss Grand International 2024 dari India, Rachel Gupta telah melucutkan sendiri gelaran tersebut disebabkan tidak mendapat layanan selayaknya sebagai seorang ratu.

    Antara pendedahan yang dilakukan Rachel adalah dia dikatakan telah menerima body shaming dan terpaksa menjual produk murahan dalam talian termasuklah tisu tandas dan sos cili.

    Memetik laporan Kosmo Online, dia juga ditempatkan di sebuah rumah di pinggir Bangkok yang jauh dari kemudahan asas serta sukar untuk mendapatkan makanan.

    “Saya sangkakan selepas menang mahkota Miss Grand International pada Oktober lalu segala impian saya akan menjadi nyata. Namun apa yang saya lalui adalah ibarat mimpi ngeri.

    “Selepas menang saya ditempatkan di sebuah bilik hotel yang kecil dan sempit. Nak buka bagasi pun tak cukup ruang. Saya tinggal di situ lebih daripada sebulan sebelum dipindahkan ke sebuah rumah di pinggir bandar.

    “Rumah saya jauh dari bandar. Pihak organisasi tidak sediakan kenderaan, alat telekomunikasi serta tiada kelengkapan memasak dan makanan. Saya terpaksa pesan makanan melalui Grab dan mengambil masa dua jam untuk sampai kerana lokasi rumah yang sangat jauh,” dedahnya dalam sebuah video.

    Terpukul dengan pendedahan tersebut, pemilik organisasi Miss Grand International, Nawat Itsaragrisil pula mendedahkan sikap Rachel yang dikatakan seorang yang pemalas dan menyalahgunakan gelarannya sebagai pemenang.

    Nawat mendedahkan Rachel telah melakukan pembedahan membesarkan payudaranya di sebuah klinik di Korea Selatan. Rachel juga telah meminta klinik tersebut untuk menaja ibu dan adiknya melakukan pembedahan kosmetik.

    Lebih mengejutkan ramai apabila dalam sebuah sidang media, Nawat tergamak mendedahkan Rachel mempunyai masalah ketiak busuk. – Agensi

    Rachel Gupta mengundur diri dan menyerahkan semula mahkota kemenangannya kerana tidak tahan dihina penganjur acara terbabit. – IG@Rachel Gupta
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda