Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ratu Elizabeth rasa ‘penat’ akibat COVID

    LONDON, 11 APRIL – Ratu Elizabeth II yang bakal mencecah usia 96 tahun tidak lama lagi, berbicara mengenai kepenatan serius selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu, walaupun pembantu menggambarkan keadaan Baginda tidak serius.

    Ketika itu, Istana Buckingham menyatakan Raja Britain itu yang sudah menerima vaksin hanya mengalami gejala ringan seperti selesema.

    Namun Baginda dipaksa untuk membatalkan beberapa temu janji bersama diplomat asing semasa permulaan tahun ke-70 menaiki takhta.

    Ratu Elizabeth mengimbas kembali pengalaman itu Rabu lalu, sewaktu berbicara dengan kakitangan dan pesakit melalui pautan video ketika merasmikan pembukaan unit hospital yang bersempena nama Baginda di timur London.

    Bercakap kepada seorang bekas pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan ventilasi, Baginda menyatakan mengenai virus itu: “Ia membuatkan seseorang sangat letih dan penat, bukan?”

    “Pandemik yang dahsyat ini. Keputusannya bukan sesuatu yang bagus,” kata Baginda menurut rakaman yang dikeluarkan istana semalam.

    Unit baharu di Hospital Diraja London itu dibina dalam masa singkat untuk menangani kemasukan penghidap COVID.

    Ratu Elizabeth juga tidak akan menghadiri upacara keagamaan pada Khamis Suci minggu ini dan akan diwakili anak sulung dan waris Baginda, Putera Charles. – AFP

    Kakitangan di Hospital The Royal London di timur London semasa panggilan video bersama Ratu Elizabeth II di Istana Windsor. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...