KABUL, 2 OGOS – Gencatan senjata antara Taliban dan kerajaan Afghan kelihatannya kekal bagi hari ketiga dan terakhir hari ini dengan ratusan banduan militan dibebaskan dalam usaha untuk membawa rundingan damai lebih dekat.
Ketenangan berlaku di hampir seluruh Afghanistan, dengan para pegawai tiada melaporkan sebarang pertempuran besar antara dua sekutu itu sejak gencatan bermula pada Jumaat untuk menandakan Aidiladha. – AFP