Thursday, October 17, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan bebola tar ditemui di dua pantai Sydney

    SYDNEY, 16 OKT – Beratus-ratus bebola tar hitam misteri kelihatan hanyut di dua buah pantai terkenal di Sydney, mendorong penyelamat untuk menutup kawasan itu.

    ‘Serpihan misteri berwarna hitam dan berbentuk bola’ mula muncul di Pantai Coogee kelmarin, kata datuk bandar tempatan, menimbulkan tanda tanya kepada pihak berkuasa Australia untuk mengenal pasti tentang bahan itu dan dari mana ia berasal.

    Beratus-ratus sfera sebesar bola golf dan bola kriket kelihatan bersepah di pantai, yang biasanya dipenuhi penduduk Sydney dan pelancong.

    Sebaliknya, beberapa ekor burung camar berkeliaran di antara bebola itu, mematuk dan memeriksanya.

    Bebola itu juga ditemui berhampiran Teluk Gordon, sebuah rizab akuatik yang popular untuk snorkeling dan memancing, di mana ia juga ditutup.

    “Setakat ini, belum diketahui lagi tentang bahan tersebut,” kata Datuk Bandar, Dylan Parker, dalam catatan media sosial.

    “Bagaimanapun, ia mungkin bebola tar yang terbentuk apabila minyak terkena serpihan dan air, lazimnya akibat daripada tumpahan minyak atau resapan,” tambahnya. – AFP

    Pekerja pelabuhan membuat rondaan memeriksa perairan Pantai Coogee selepas pihak berkuasa menutupnya untuk kunjungan orang ramai di Sydney pada 16 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda