Wednesday, August 17, 2022
23.9 C
Brunei

Ratusan bom tangan PD1 ditemukan di Turki

-

DIYARBAKIR, TURKI, 6 OGOS – Sebanyak 782 bom tangan era Perang Dunia Pertama (PD1) dijumpai ketika kerja-kerja penggalian arkeologi dilakukan di tapak bersejarah di tenggara Turki.

Bom tangan tersebut ditemukan di Amida Mound, atau Amida Hoyuk – juga dikenali sebagai pusat wilayah Diyarbakir – terletak di daerah bersejarah Sur, lapor agensi Anadolu.

Kawasan itu pernah menjadi pusat peradaban seperti Hurri-Mitanni, Urartian, Assyria, Medes, Parsi, Tigran, tGreat Kingdom, Romans, Sassanid, Byzantium, Umaiyah, Abbasiyah, Safavid, dinasti Ayyubid, Marwan, Seljuk, Uthmaniah, dan Artuqid. Profesor Irfan Yildiz dari Dicle University, yang mengetuai operasi penggalian itu berkata pasukannya setiap hari menemukan sesuatu yang memberi kejutan.

Menurut agensi Anadolu, Yildiz berkata pada 29 Julai lalu, peluru milik zaman Uthmaniyyah turut ditemui di bahagian barat laut tembok Amida Mound. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -