Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan ditahan dalam perarakan

    MOSCOW, 12 JUN – Lebih daripada 400 orang termasuk ketua pembangkang Alexei Navalny ditahan hari ini tatkala polis berusaha meleraikan rapat yang membantah agensi penguat kuasa undang-undang yang bebas daripada tindakan undang-undang di Moscow.

    Polis Rusia bertindak terhadap perarakan yang tidak dibenarkan di tengah laungan ‘malu’ dan ‘hentikan keganasan polis.’

    Sesetengah pembantah memakai kemeja-T yang menyokong Ivan Golunov, wartawan siasatan yang ditahan pada minggu lalu atas dakwaan menyeludup dadah.

    Seorang aktivis memegang pelekat ‘Saya ialah Ivan Golunov’ di tingkap sebuah van polis.

    Rapat pada mulanya diadakan untuk mendesak pembebasan Golunov yang dibebaskan secara tiba-tiba, dengan dakwaan ke atas beliau digugurkan, sehari sebelum perarakan berikutan kemarahan awam selama beberapa hari. Ramai melihat pembebasan Golunov sebagai usaha Kremlin untuk menumpaskan bantahan baharu.

    Ramai menggesa pembaharuan ke atas agensi penguatkuasaan undang-undang Rusia dan pembebasan mangsa penderaan polis. – AFP

    Penyokong wartawan siasatan Rusia Ivan Golunov dan pembantah lain berkumpul untuk menghadiri satu perarakan di Moscow, Rusia, kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda