Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan gempa bumi gegar gugusan pulau Jepun

    TOKYO, 26 JUN – Lebih daripada 470 gempa bumi telah menggegarkan pulau terpencil di selatan Jepun sejak Sabtu lalu, menurut agensi cuaca negara itu hari ini, sambil menggesa penduduk untuk terus berwaspada.

    Tiada kerosakan besar dilaporkan akibat siri gegaran tersebut yang mencatat kekuatan kira-kira tahap satu iaitu gegaran ringan yang hanya dapat dirasai individu yang duduk diam di dalam bangunan, berdasarkan skala intensiti seismik tujuh mata Jepun.

    Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), sehingga hari ini, sebanyak 474 gegaran telah direkodkan di sekitar gugusan pulau Tokara, selatan Kyushu, – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda