Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan haiwan eksotik diselamatkan dalam serbuan

    BARCELONA, 16 NOV – Polis Sepanyol mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah menyerbu sebuah pusat perlindungan haiwan yang tidak berlesen dan menyelamatkan ratusan haiwan eksotik termasuk kura-kura macan tutul, iguana dan geko.

    Pengawal Awam berkata pusat tersebut diuruskan oleh sebuah NGO yang mengumpul derma melalui rangkaian sosial untuk menjaga haiwan-haiwan berkenaan.

    Namun, kemudahan di wilayah Ávila, di sebelah barat Madrid itu tidak mempunyai lesen yang sah, haiwan-haiwan tersebut ‘tidak memiliki dokumen dan jejak perundangan’ dan kebanyakannya berasal daripada ‘pemindahan tidak teratur’, menurut polis.

    “Secara keseluruhan, 472 haiwan eksotik telah dirampas, termasuk kura-kura macan tutul, kura-kura sulcata, kura-kura Mediterranean, iguana, pelbagai jenis geko, tarantula dan biawak Nil, antara lainnya,” kata kenyataan Pengawal Awam.

    Empat individu sedang disiasat atas “dakwaan penglibatan dalam organisasi jenayah yang menjalankan kegiatan pemerdagangan haram haiwan eksotik,” menurut kenyataan itu.

    Pengawal Awam memulakan siasatan pada Jun 2023 selepas mengesan hantaran mencurigakan di rangkaian sosial. – AFP

    Sebahagian daripada 472 haiwan eksotik terlindung yang dirampas dalam satu operasi di sebuah pusat perlindungan hidupan liar palsu di Burgohondo, berhampiran Avila. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda