Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan kenderaan terkandas banjir di Sabah

    KOTA KINABALU, 28 JUN – Ratusan kenderaan terkandas di bulatan utama Kota Belud, kira-kira 74 kilometer dari sini, selepas kenderaan menghala ke daerah itu dari kedua-dua arah tidak dapat melalui jalan berkenaan kerana dinaiki air susulan hujan lebat melanda sejak semalam.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata, kenderaan dari arah Kota Kinabalu terkandas sejauh tiga kilometer sebelum sampai ke bulatan utama itu, yang merupakan pintu masuk ke daerah berkenaan. “Begitu juga kenderaan dari Kota Belud tidak boleh keluar kerana jalan dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

    Misran berkata laluan di bulatan utama Kota Belud itu tidak dapat dilalui sejak semalam memandangkan paras air sungai berhampiran meningkat sehingga satu meter. “Atas sebab itu, ada pemandu yang tidak dapat melalui jalan terpaksa mengambil tindakan meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan. Bagaimanapun, tanpa diduga, kenderaan diletakkan dalam keadaan selamat di bahu jalan turut terjejas apabila air sungai melimpah secara mendadak,” katanya.

    Misran berkata jalan berkenaan masih tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan dan hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja boleh melaluinya buat masa ini. – Bernama

    Sebuah kereta pacuan empat roda mengharungi banjir, keluar dari pekan Donggongon yang dilanda banjir teruk sejak malam tadi. Beberapa jalan utama menghubungkan pekan Donggongon, Penampang terputus berikutan banjir. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda