Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ratusan keropok dirampas

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Sebanyak 10 kotak mengandungi lebih 139 bungkus keropok telah dirampas oleh pegawai penguat kuasa Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) kerana menggunakan label halal Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) tanpa kebenaran, semasa operasi ke atas sebuah premis di kawasan Gadong, baru-baru ini.

    Semasa operasi tersebut, para pegawai mendapati sebanyak 131 bungkus keropok berperisa ‘special banyak udang’ manakala lapan lagi perisa ikan tuna yang menggunakan label halal MUIB serta tiga paket label pembungkusan yang mempunyai logo halal MUIB.

    Operasi tersebut dijalankan berikutan aduan orang ramai mengenai penggunaan label halal MUIB tanpa kebenaran.

    Kesemua barang tersebut telah dirampas, sementara, tiga individu yang berada di tempat kejadian juga diarahkan untuk hadir ke JHES bagi siasatan lanjut.

    Kes itu akan disiasat di bawah Bab 12(3)(a) Perintah Sijil Halal dan Label Halal bagi kesalahan penggunaan label halal MUIB tanpa kebenaran, yang mana jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman denda sehingga $8,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengingatkan kepada mana-mana syarikat pengeluar tempatan berkaitan makanan untuk mendapatkan permit halal terlebih dahulu daripada MUIB bagi membolehkan syarikat menggunakan label halal MUIB ke atas produk mereka.

    Sebarang perkongsian maklumat bolehlah dilaporkan ke BKMH melalui talian hotline 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH di setiap daerah.

    Pegawai penguat kuasa Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah menjalankan pemeriksaan di permis berkenaan. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...