Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ratusan kilang tutup insiden protes tuntutan gaji

    DHAKA, 2 NOV – Pihak polis mengatakan bahawa beratus-ratus kilang pakaian di Bangladesh telah ditutup apabila ribuan pekerja mengadakan protes ganas untuk menuntut gaji mereka hampir tiga kali ganda, hari ini.

    Sekitar 3,500 kilang pakaian di Bangladesh menyumbang kira-kira 85 peratus daripada eksport tahunan negara Asia Selatan itu bernilai AS$55 bilion, membekalkan barangan kepada jenama-jenama Barat utama seperti Adidas, Gap, H&M dan Levi Strauss.

    Namun, keadaan sangat sukar bagi kebanyakan daripada empat juta pekerja sektor itu, di mana majoriti besar daripadanya ialah wanita yang gaji bulanan mereka bermula dari AS$75.

    Pihak polis berkata hari ini pekerja telah merosakkan puluhan kilang di seluruh Gazipur dan kawasan industri lain di pinggir bandar ibu Dhaka, sejak protes bermula pada hujung minggu.

    “Lebih 250 kilang pakaian telah ditutup dalam protes ini. Sehingga 50 kilang telah dirampas dan dirosakkan, termasuk empat atau lima yang telah dibakar,” kata ketua polis Gazipur, Sarwar Alam, kepada AFP.

    “Apabila satu kilang dirampas, kilang-kilang berdekatan tidak mahu membuka kilang mereka,” tambahnya.

    Selain itu, timbalan ketua polis Ashulia, Mahmud Naser, memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya 50 ‘kilang besar’ yang menggaji lebih daripada 15,000 pekerja di bandar perindustrian itu telah pun ditutup. – AFP

    Polis Bangladesh berkawal di sepanjang jalan semasa pertempuran dengan pekerja pakaian membantah untuk menuntut kenaikan gaji mereka. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...