Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan kg sampah di persisiran pantai dikutip

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Sejumlah 274.5kg sampah telah berjaya dikutip semasa kempen kebersihan senegara pesisiran pantai bagi serpihan laut ‘Wira Pantai’ di bawah Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) di Taman Rekreasi Pantai Muara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kelmarin.

    Sebahagian daripada peserta sedang menjalankan aktiviti pembersihan berkenaan.

    Kempen kebersihan yang dianjurkan bagi menyahut saranan Jabatan Alam Sekitar dan Rekreasi (JASTRe) itu melibatkan lebih daripada 200 peserta melibatkan pegawai-pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya termasuk sukarelawan belia dan alumni daripada Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

    Hadir bagi menyertai kempen tersebut ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin; Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; pegawai-pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Objektif kempen tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu kebersihan di pesisiran pantai yang berpunca daripada serpihan laut terutamanya sisa plastik.

    Ia juga bertujuan untuk menghasilkan data garis asas bagi serpihan laut di kawasan persisiran pantai; mengenal pasti jenis serpihan laut atau sisa buangan yang terdapat di pesisiran pantai dan untuk memperkasa masyarakat bagi menanamkan rasa tanggungjawab dalam melindungi dan memelihara alam sekitar melalui kaedah pembuangan sampah yang betul.

    Kempen kebersihan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Awang Muhammad Syahmi Bahri bin Badarudin dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, KKBS dan diteruskan dengan sesi pemanasan badan sebelum aktiviti pembersihan dilakukan.

    Gambar ramai peserta-peserta yang terlibat dalam kempen pembersihan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda