Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Ratusan mahasiswa Indonesia berdemonstrasi

    JAKARTA, 11 APRIL – Ratusan mahasiswa berkumpul di hadapan kompleks parlimen di sini memprotes kenaikan harga minyak masak serta menolak rancangan pelanjutan tempoh jawatan presiden.

    Demonstrasi anjuran Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia turut diadakan serentak hari ini di Ambon, Bandung, Makassar, Manokwari, Palembang, Palu, Semarang dan Samarinda.

    Demonstrasi itu tetap berlangsung meskipun sehari sebelumnya Presiden Joko Widodo melalui akaun YouTube Sekretariat Presiden menegaskan Pilihan Raya Umum 2024 tidak ditunda.

    Kenyataan itu dibuat untuk menamatkan spekulasi dalam kalangan masyarakat kononnya kerajaan cuba menangguhkan pilihan raya atau pelanjutan jawatan presiden dan presiden tiga penggal.

    Di Jakarta, mahasiswa berkumpul seawal pagi di pintu gerbang Monumen Nasional dan di Bulatan Patung Kuda Arjuna Wiwaha.

    Polis Daerah Metro Jaya mengerahkan 6,826 anggota berkawal untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan 1,333 anggota tentera dikerah untuk membantu mengawal keselamatan.

    Pihak polis kemudiannya terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan pembantah di hadapan bangunan parlimen. – Bernama

    Polis memberkas seorang lelaki semasa demonstrasi terhadap kenaikan harga barangan, penangguhan pilihan raya presiden dan pelanjutan penggal presiden, di Jakarta, 11 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...