Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan mengalami simptom akibat kebocoran klorin

    TEHRAN, Iran, 13 Ogos – Lebih 470 orang mengalami sesak pernafasan dan simptom lain selepas gas klorin bocor di selatan Iran, lapor media kerajaan hari ini.

    Laporan itu berkata 475 mangsa telah dibawa ke hospital tempatan di bandar Dezful, kira-kira 500 batu (805 kilometer) barat daya bandar Tehran. Seramai 45 orang dimasukkan ke hospital dengan selebihnya dibenarkan keluar.

    Laporan dari agensi berita rasmi IRNA berkata gas bocor berpunca dari takungan di sebuah gudang yang terbiar kepunyaan syarikat bekalan air tempatan.

    Dezful dengan penduduknya seramai 250,000 terletak di wilayah Khuzestan yang kaya minyak. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda