Saturday, February 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan patung kucing bertuah Ramsay dicuri

    LONDON, 21 FEB – Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil kucing bertuah dicuri dari restoran baharunya di London.

    Cef TV dan pemilik restoran berusia 58 tahun itu, yang terkenal dengan program realiti TV Hell’s Kitchen dan Ramsay’s Kitchen Nightmares, baru-baru ini melancarkan Lucky Cat 22 Bishopsgate oleh Gordon Ramsay – yang menampilkan model patung kucing Jepun yang melambai-lambai yang dipanggil maneki-neko.

    Ramsay memberitahu rancangan The Jonathan Ross Show yang dia mempunyai masalah dengan pasangan yang memasuki tandas bersama dan turut mendedahkan bahawa terdapat banyak kes kecurian.

    Dia berkata: “Patung kecil kucing-kucing itu dicuri. Terdapat 477 yang dicuri minggu lepas – harganya £4.50 setiap satu.”

    Jumlah ini bermakna dia telah kehilangan sejumlah £2,146.50 (AS$2,719) dalam seminggu.

    Polis Bandar Raya London bagaimanapun mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung kecurian di restoran itu.

    Tahun lepas, pub Ramsay di York & Albany berhampiran Regent’s Park, utara London, diceroboh dan dihuni setinggan buat seketika, sebelum mereka meninggalkannya. – Bernama/PA Media/dpa

    Gordon Ramsay bersama anak perempuannya, Holy dalam satu majlis. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda