Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan pekerja Twitter letak jawatan

    HOUSTON, AMERIKA SYARIKAT, 18 NOV – Beratus-ratus pekerja Twitter dilaporkan telah meletak jawatan semalam.

    Hal itu berlaku menjelang tarikh akhir pelaksanaan perubahan ketara dengan menambah jumlah masa bekerja seperti yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat media sosial itu, Elon Musk sebelum ini.

    “…selepas 12 tahun, saya telah meninggalkan Twitter,” tulis Satanjeev Banerjee di Twitter, lapor agensi Anadolu.

    Musk sebelum ini dilaporkan akan memberhentikan 7,500 kakitangan Twitter hanya dua minggu lalu selepas mengambil alih syarikat itu yang menyaksikan ramai pekerja mula meletak jawatan.

    Twitter mempunyai kira-kira 2,900 pekerja sebelum Musk menghantar e-mel pada Rabu menuntut etika kerja diperbaiki kepada mereka yang mahu kekal dengan platform itu.

    Pekerja yang memutuskan untuk meninggalkan Twitter telah dimaklumkan bakal menerima pampasan gaji sekurang-kurangnya tiga bulan.

    “Twitter telah pun mula merekrut jurutera luar untuk melihat sama ada mereka mahu menyertai ‘Twitter 2.0 – sebuah syarikat Elon,” menurut The Verge. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 28 Oktober 2022 menunjukkan tanda Twitter di ibu pejabat mereka di San Francsico, California. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda