LIMA, 15 DIS – Ratusan pelancong asing terkandas di rantau terkenal Peru, Machu Picchu semalam selepas perkhidmatan kereta api digantung disebabkan bantahan ganas susulan penyingkiran dan penahanan bekas Presiden, Pedro Castillo.
Keadaan darurat diisytiharkan awal semalam ketika penyokong Castillo membanjiri jalan raya dan mendirikan sekatan jalan di seluruh negara dalam bantahan ke atas Presiden Dina Boluarte yang telah membunuh tujuh orang dan mencederakan 200 yang lain.
Pegawai berkata hampir 800 pelancong telah terkandas sejak Selasa.
Mereka terkandas di bandar kaki gunung tempat terletaknya Machu Picchu, tarikan paling penting dalam pelancongan Peru dan tapak Warisan Dunia UNESCO.
Pelancong Israel, Gale Dut tidak dapat kembali ke Cusco untuk mendapatkan penerbangan keluar dari negara.
“Saya bersama anak-anak saya. Bagi saya, ia satu masalah,” beritahu Dut kepada AFP.
Perkhidmatan kereta api yang menghubungkan kuil terkenal Incan dengan Cusco, bandar ibu kota lama, adalah satu-satunya cara untuk sampai ke Machu Picchu, kira-kira 110 kilometer dari ibu negara. – AFP


