Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan pelarian diselamatkan

    ROMA, 12 MAC – Tentera laut dan pengawal pantai Itali membawa ratusan orang pelarian yang diselamatkan ke darat, manakala di tempat lain di Lautan Mediterranean, ribuan pelarian telah memenuhi tempat perlindungan di sebuah pulau pelancongan kecil.

    Ketibaan pelarian secara besar-besaran melonjak dalam beberapa hari ini, ketika kerajaan berhaluan kanan Itali menguatkuasakan tindakan keras terhadap penyeludup manusia.

    Pengawal pantai menyatakan dalam satu kenyataan bahawa keadaan pelarian yang padat di atas dua kapal dan keadaan cuaca dan laut yang buruk telah menyulitkan operasi penyelamatan yang bermula pada hari Jumaat di Laut Ionian di Calabria.

    Kapal pengawal pantai berukuran 94 meter, telah membawa 584 pelarian, manakala dua bot pengawal pantai yang lebih kecil membawa 379 orang sebelum berpindah ke kapal tentera laut Itali untuk menuju ke Augusta, sebuah pelabuhan di timur Sisilia, yang terdapat khemah perlindungan untuk pelarian di Calabria.

    Secara berasingan, kapal yang membawa 487 orang, dipintas oleh kapal Itali kira-kira 60 batu nautika dari Crotone di Calabria pada Jumaat, dibantu oleh dua bot pengawal pantai dan sebuah bot polis sempadan. Para pelarian ini turun di pelabuhan Crotone menjelang fajar kelmarin.

    Di sebuah pantai di Cutro, sebuah bandar di selatan Crotone, sebuah perahu kayu yang penuh sesak dengan pelarian dari Turki, membawa beberapa pelarian yang selamat dan juga mayat ditemui pada 26 Februari, pecah di tebing pasir. – AP

    Polis memeriksa bot nelayan dengan kira-kira 500 pendatang di pelabuhan Crotone di selatan Itali. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda