Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan pembantah Indonesia ditahan

    JAKARTA, 8 OKT – Beratus-ratus orang ditahan di Jakarta hari ini ketika protes terhadap undang-undang baharu kontroversi, menyaksikan penyertaan beribu-ribu orang di seluruh Indonesia memasuki hari ketiga, dengan pengkritik mengatakan undang-undang itu akan menjejaskan hak asasi buruh dan alam sekitar.

    Beribu-ribu anggota keselamatan dikerahkan untuk menghalang akses ke ibu negara dan menegah pekerja dan pelajar mengadakan rapat umum di hadapan istana presiden dan parlimen.

    Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus mengatakan lebih 400 orang – keba-nyakan remaja – ditahan dalam masa dua hari lalu, menuduh mereka mencetuskan kekacauan semasa protes.

    “Kami kini menyoal siasat mereka,” kata Yunus memberitahu AFP hari ini, menambah situasi di Jakarta ‘kini terkawal.’

    Kerajaan berharap satu rang undang-undang baharu – bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi dengan meminda berpuluh-puluh undang-undang semasa meliputi peraturan percukaian, buruh dan alam sekitar – akan menarik lebih ramai pelabur asing.

    Namun aktivis buruh dan kumpulan alam sekitar mengecam rang undang-undang itu, dengan Amnesty International mengatakan ia adalah ‘malapetaka’ bagi pekerja. – AFP

    Asap hitam berkepul-kepul kelihatan daripada kebakaran di sebuah stesen bas semasa pertempuran polis dan aktivis pada hari ketiga bantahan di Indonesia terhadap rang undang-undang kontroversi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda