Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan pindah tanah runtuh

    OSLO, 30 DIS – Lebih daripada 20 orang hilang, puluhan cedera dan kira-kira 500 dipindah hari ini selepas runtuhan tanah berlaku pada waktu malam di bandar kecil utara Oslo, kata polis dan media tempatan.

    Beberapa rumah dihanyutkan di Gjerdrum, tempat tinggal kepada 5,000 penduduk yang terletak 25 kilometer dari timur laut ibu negara, pada awal pagi hari ini.

    “Beberapa rumah telah dimusnahkan oleh runtuhan tanah. Perkhidmatan kecemasan, dengan bantuan dari anggota pertahanan dan tentera Norway, sedang dalam proses memindah penduduk,” kata polis Norway di Twitter.

    Media Norway berkata saiz keluasan kawasan runtuhan tanah adalah 210,000 meter persegi dan kira-kira 500 orang telah dipindah dari rumah mereka.

    Sejurus selepas tengah hari ini, 21 orang masih hilang, menurut laporan.

    “Kami tidak tahu sama ada mereka berada di kawasan runtuhan tanah, sama ada mereka sedang bercuti atau gagal menghubungi polis,” kata polis dalam satu kenyataan.

    Menurut polis, 10 orang mengalami kecederaan dengan seorang dipindahkan ke Oslo dengan kecederaan serius. “Polis menganggap kejadian ini sebagai bencana,” beritahu ketua operasi Roger Pettersen kepada penyiar NRK. – AFP

    Sebuah kereta berhenti di mana sebatang jalan yang dihanyutkan oleh runtuhan tanah di Bandar Ask, Gjerdrum, 40km dari timur laut ibu negara Oslo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda