Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ratusan rumah musnah akibat ribut

    JAKARTA, 23 FEB – Ribut yang melanda dua daerah di wilayah Jawa Barat Indonesia petang Rabu lepas, meratakan rumah dan kilang di kawasan itu.

    Agensi mitigasi bencana Jawa Barat memberitahu media tempatan kelmarin angin kencang telah merosakkan 13 buah kilang dan 10 buah rumah di Kabupaten Sumedang, dan 18 buah kilang dan 233 buah rumah di Kabupaten Bandung.

    Jurucakap agensi itu, Hadi Rahmat, berkata bencana itu telah memberi kesan kepada lebih 800 keluarga di daerah tersebut dengan lebih 30 orang mengalami kecederaan.

    “Mangsa sudah menerima rawatan di beberapa kemudahan perkhidmatan kesihatan,” katanya, sambil menambah pihak berkuasa telah menyediakan pusat perlindungan sementara untuk mangsa yang dipindahkan.

    Ribut yang berlaku kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (0900 GMT), juga telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa bahagian kawasan di mana trak turut dilaporkan terbalik akibat angin kencang tersebut.

    Rahmat berkata, agensi itu sedang menangani keadaan dan berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, ketua kampung dan sukarelawan kemanusiaan untuk mengumpul data terhadap kesan ribut tersebut. – Xinhua

    Gambar bertarikh 22 Februari ini menunjukkan rumah rosak di kawasan perumahan selepas ribut melanda di Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...