Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan rumah rosak akibat gempa bumi Jawa Tengah

    JAKARTA, 11 JULAI – Sebanyak 240 rumah rosak selepas gempa bumi berukuran 4.4 magnitud melanda Kabupaten Batang dan kota Pekalongan di Jawa Tengah pada Ahad lalu. Walaupun tiada kematian dilaporkan, 13 orang cedera dalam kejadian itu.

    Pentadbiran Kabupaten Batang telah mengisytiharkan tempoh tindak balas kecemasan tujuh hari berikutan bencana itu.

    Gempa bumi itu turut menyebabkan lapan bangunan pejabat pentadbiran, 15 sekolah, lima rumah ibadat dan pasar tradisional rosak.

    Pada hari Isnin, pekerja tindak balas bencana membersihkan serpihan daripada bangunan yang rosak di tiga daerah. Pada hari Selasa, aktiviti tertumpu kepada pengagihan bantuan makanan dan bukan makanan kepada penduduk terjejas, serta perkhidmatan kesihatan.

    Pada April, gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda pantai barat daya Pulau Jawa dengan pusat gempa terletak kira-kira 150 kilometer dari Garut, Jawa Barat.

    Sekurang-kurangnya empat orang di daerah itu cedera dan beberapa bangunan rosak. Gempa itu dirasai di ibu kota Jakarta, di mana orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan, serta di Bandung, Jawa Barat.

    Negara ini sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan lengkok aktiviti seismik yang aktif di mana plat tektonik berlanggar yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik. – ANN/ The Jakarta Post

    Pekerja tindak balas bencana membersihkan serpihan rumah yang rosak di Batang, Jawa Tengah, pada 8 Julai berikutan gempa bumi berukuran 4.4 pada skala Richter sehari sebelumnya. – ANN/The JAKARTA POST
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda