Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan spesies kelawar mati akibat haba panas

    SYDNEY, 9 Jan – Beratus-ratus ekor kelawar telah mati dalam keadaan yang sangat panas di Australia, dengan kebanyakannya terjatuh dari tempat ia bertenggek ketika suhu cuaca panas terik ‘menggoreng otak haiwan itu’, menurut para pegawai hidupan liar hari ini.

    Gelombang haba paling teruk menyaksikan merkuri naik kepada 45 Celsius di pinggir kota barat Sydney, Campbelltown Ahad lalu yang mana beratus-ratus, atau pun beribu-ribu ekor haiwan itu terjatuh dari pokok selepas tewas kepada kepanasan.

    “Pada dasarnya mendidih,” pengurus koloni keluang Campbeltown Kate Ryan memberitahu Camden Advertiser.

    “Ia menjejaskan otak mereka – otak mereka terbakar dan menjadi tidak keruan. Ia seperti berdiri di tengah lubang pasir tanpa pelindung.”

    Keluang ini, adalah kelawar terbesar Australia, disenaraikan sebagai spesies ‘mudah terdedah pada bahaya’. Kedudukan kehidupan mereka di peringkat kebangsaan sebagai ‘amat penting’ di bawah undang-undang setempat.

    Sydney telah mencatatkan harinya yang paling panas sejak 1930 Ahad lalu apabila pinggir bandar Penrith mencapai 47.3 Celsius.

    Perkhidmatan Maklumat, Penyelamatan dan Pendidikan Hidupan Liar New South Wales (WIRES) berkata ketewasan kelawar kepada keadaan teruk mungkin mencecah bilangannya sehingga beribu-ribu ekor.

    Para penyelamat dapat menyelamatkan lebih seratus ekor haiwan ini, tetapi banyak berselerak di tanah dalam keadaan tidak bernyawa dan yang lain mati dengan masih berpaut pada pokok.

    “Dalam usaha sedaya upaya para sukarela tanpa mengenal penat, berusaha memberikan cecair kepada anak-anak kelawar yang boleh dicapai dan banyak yang diselamatkan tetapi yang menyedihkan banyak juga yang hilang,” WIRES berkata melalui Facebook. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda