Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan syiling emas ditemui dalam rumah agam

    ANGERS, PERANCIS, 30 SEPT – Ratusan syiling emas unik yang digali keluar daripada dinding sebuah rumah agam Perancis berharga lebih AS$1.2 juta pada pelelongan semalam.

    Tukang batu menemui 239 emas, ditempa sebelum Revolusi Perancis, apabila mereka mula mengubah suai rumah berkenaan berhampiran Quimper di barat rantau Brittany, kata firma lelong Ivoire/Deloys. Keluarga itu menyimpan empat syiling dan melelong yang selebihnya di bandar barat Angers, dengan nilai anggaran 250,000-300,000 euro.

    Bidaan dibuka pada 8,000 euro untuk syiling amat unik Louis d’Or, menggambarkan Louis XIV yang bertarikh 1646. Ia dijual pada harga 46,000 euro, harga yang sama dengan Louis d’Or dari Paris bertarikh 1630 dan dicap dengan Templar’s Cross.

    “Bidaan diterima dari semua tempat – dalam bilik, di internet dan telefon,” kata pelelong Florian D’Oysonville. Hasil kutipan akan dikongsi di antara pemilik dan tiga tukang batu yang menemui syiling emas itu.

    D’Oysonville memberitahu AFP duit syiling itu, disembunyi dalam kotak besi, mungkin merupakan wang simpanan seorang peniaga yang kaya atau tuan punya tanah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda