Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan terjejas akibat wabak salmonela di hotel Sepanyol

    MADRID, 26 OGOS – Lebih 100 orang jatuh sakit akibat wabak salmonela di sebuah hotel di La Manga del Mar Menor, destinasi pelancongan popular di wilayah tenggara Murcia, Sepanyol, menurut laporan media tempatan.

    Wabak itu tercetus di sebuah hotel bertaraf empat bintang yang boleh menampung kira-kira 400 tetamu.

    Sumber pencemaran dipercayai berpunca daripada sos yang dihidangkan semasa makan tengah hari Sabtu lalu, menurut media tempatan. Mangsa mengalami gejala seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut.

    Dapur hotel itu ditutup sementara untuk kerja pembersihan dan nyahkuman.

    Akhbar tempatan La Verdad melaporkan pihak hotel masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, manakala tetamu yang terjejas sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang secara bersama. – Bernama

    Gambar mikroskop elektron 2009 menunjukkan sekumpulan besar bakteria Salmonela typhimurium. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda