RAMALLAH, Wilayah Palestin, 17 April – Beratus penduduk Palestin dalam penjara Israel melancarkan mogok lapar hari ini ekoran satu gesaan daripada pemimpin dan banduan terkenal Marwan Barghouti, kata seorang pegawai Pihak Berkuasa Palestin. Issa Qaraqe, ketua hal ehwal tahanan untuk Pihak Berkuasa Palestin, berkata “kira-kira 1,300 tahanan Palestin” sedang mengambil bahagian dalam mogok lapar dan