Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rawat, cegah gout dengan bahan semula jadi

    GOUT adalah sejenis penyakit yang telah lama dikenal pasti sejak 2,000 tahun lampau dan dikatakan sebagai salah satu penyakit tertua. Ada yang menggelarkan gout sebagai penyakit orang kaya kerana kebanyakan penghidap penyakit ini disebabkan amalan pemakanan mereka yang tiada kawalan dalam pengambilan asid urik.

    Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin dan apabila asid ini berlebihan dalam badan, ia akan terkumpul dalam kawasan sendi seperti kawasan ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi lain. Dahulunya, ia sukar dikawal oleh kerana kemudahan perubatan yang terhad sehingga menyebabkan kemudaratan dan kecacatan kepada penghidap gout.

    Namun kini, pelbagai alternatif telah diperkenalkan sama perubatan moden mahupun tradisional yang menggunakan bahan semula jadi sebagai ramuan utama dalam perawatan.

    Simptom dan punca penyakit gout

    Gout merupakan penyakit artritis yang berpunca daripada Hyperurucemia iaitu aras plasma urate (asid urik) melebihi bacaan 420 µmol/L (7.0 mg/dL). Ia adalah asbab utama kepada gout, namun terdapat sesetengah kes yang melibatkan bacaan asid urik tinggi yang tidak bermakna seseorang itu pesakit gout.

    Jika ia dikategorikan dalam jantina, peratusan lelaki untuk menghidap penyakit ini adalah lebih tinggi berbanding perempuan. Penyakit ini dikatakan akan menyerang wanita hanya selepas menghadapi proses menopous.

    Dalam merawat penyakit gout, daun saderi juga boleh dijadikan minuman berjus. Saderi diperkaya dengan anti-oksida dan polisakarida yang tinggi yang mampu meredakan kesakitan dan keradangan akibat penyakit gout. Bagi memperbaiki sistem imunisasi badan, anda boleh tambahkan saderi dalam makanan.
    Anti-oksidan yang ada pada buah ceri dapat merawat gout sama ada ia manis atau masam. Kandungan antosianin pada ceri mampu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan akibat gout. Cara terbaik adalah dengan mengambil 15 hingga 20 biji ceri sehari dan ia boleh diamalkan setiap pagi sebagai kudapan sarapan.

    Gout akan berlaku apabila kaki menjadi bengkak panas dan terasa sakit sehingga menyebabkan pesakit tidak mampu untuk bergerak malahan akan berlarutan sehingga beberapa hari atau sehingga pesakit mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.

    Macam mana nak tahu kalau terkena gout?

    Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik di kawasan tersebut. Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki.

    Selalunya ia akan menyebabkan sendi tersebut bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang. Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi di dalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawasan sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal inilah yang akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut.

    Rawatan gout melalui kaedah pencegahan

    Apabila diserang atau terdedah dengan risiko penyakit gout, anda pastinya ingin mencari rawatan gout alternatif yang mujarab dan murah. Di sini dikongsikan beberapa info menarik mengenai rawatan gout yang menerapkan bahan semula jadi sebagai bahan utama dalam perawatan:

    1.Cuka epal cider

    Dalam rawatan gout, salah satu bahannya adalah cuka epal cider. Ia bukan hanya mampu merawat penyakit gout, tetapi cuka ini juga boleh digunakan untuk merawat sakit kepala dan artritis. Asid yang ada dalam cuka ini dapat membantu melegakan kesakitan akut (acute pain).

    Bagi mendapatkan tindak balas yang positif, anda boleh menambahkan madu dengan cara mencampurkan satu sudu teh cuka cider bersama madu ke dalam segelas air dan amalkan ia kira-kira 2 hingga 3 kali sehari.

    Selain daripada cuka, buah epal dijadikan jus minuman dalam menyembuh dan merawat pelbagai penyakit. Untuk rawatan gout, ia mampu meneutralkan asid urik dalam badan dan boleh diamalkan setiap hari untuk mempercepatkan penyembuhan.

    2.Halia

    Kandungan anti-radang yang terdapat dalam halia mampu melegakan kesakitan dan keradangan pada badan. Dengan mengamalkan minuman dan makanan berasaskan halia, ia mampu merawat pelbagai penyakit termasuklah penyakit gout. Dengan menggunakan halia, ia boleh dijadikan bahan utama dalam penyediaan menu masakan seperti sup, kari dan sebagainya.

    Antara kaedah atau petua yang boleh dipraktikkan dalam usaha rawatan gout, anda boleh mencampurkan halia bersama serbuk halba dan kunyit dengan air suam. Amalkan minuman ini dua kali sehari secara konsisten bagi mendapatkan kesan yang positif dan baik.

    Selain itu, anda juga boleh menambahkan halia dalam minuman atau air panas bagi mengurangkan toksik dan angin dalam badan. Ambil minuman ini sekurangnya sekali sehari. Ada juga yang mengamalkan penggunaan halia dengan cara menjadikan ia sebagai pes dan dicampurkan sedikit air.

    Sapukan pes tersebut pada kawasan yang sakit. Biarkan selama lebih kurang setengah jam. Amalan ini boleh dilakukan setiap hari sekali.

    3.Ceri

    Anti-oksidan yang ada pada buah ceri dapat merawat gout sama ada ia manis atau masam. Kandungan antosianin pada ceri mampu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan akibat gout. Cara terbaik adalah dengan mengambil 15 hingga 20 biji ceri sehari dan ia boleh diamalkan setiap pagi sebagai kudapan sarapan.

    Anda juga boleh mengamalkan minuman jus ceri hitam setiap hari dengan menambahkan beberapa ulas bawang putih yang dicincang bagi mendapatkan tindak balas yang baik sekaligus mengurangkan kesakitan yang dialami pesakit gout.

    Ia amat digalakkan bagi pesakit gout dalam mengamalkan pengambilan buah ceri setiap hari bagi membuang angin dan toksik asing dalam badan. Buah ceri ini juga dapat mengurangkan keradangan. Anda harus mengamalkan setiap hari untuk kesan yang terbaik bagi menguatkan sistem imunisasi.

    4.Jus lemon

    Bagi melegakan sakit gout, anda mengambil jus lemon yang berupaya meneutralkan semula asid urik yang tidak diperlukan dalam badan. Petua rawatan gout ini amatlah mudah dengan hanya mencampurkan jus lemon segar bersama serbuk penaik sebagai minuman. Selain daripada lemon, anda juga boleh menggantikan dengan buah-buahan lain yang diperkaya dengan vitamin C yang bertujuan menguatkan tisu dalam badan.

    Cara penyediaan bahan minuman jus lemon bersama serbuk penaik adalah dengan cara mencampurkan satu biji lemon yang diperahkan jusnya bersama satu setengah sudu teh serbuk penaik. Biarkan selama beberapa saat sehingga bunyi berdesis hilang dan masukkan kedua-dua bahan tersebut ke dalam segelas air.

    Minum segera bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan amalkan setiap hari jika mahukan kesan yang pantas. Selain itu, rawatan boleh dilakukan dengan cara menambahkan separuh jus lemon ke dalam segelas air dan ambil minuman ini sebanyak tiga kali sehari.

    5.Timun

    Jus timun mempunyai kelebihan dalam mengurangkan asid urik dalam badan. Terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa timun dapat meredakan suhu badan yang panas dan sifat meneutralkan juga dapat meredakan kesakitan pada sendi-sendi akibat penyakit gout.

    Timun juga boleh dijadikan rawatan semula jadi sebenar dalam memulih dan merawat pelbagai penyakit biasa dihidapi semua orang. Antara cara untuk mengamalkan timun ini ialah dengan menjadikan timun sebagai snek dan diambil setiap hari. Selain itu, melekapkan potongan timun yang nipis pada kawasan yang terkena gout.

    Kemudian biarkan selama 15 minit sebelum membilas dengan air suam. Anda boleh mencuba petua ini sendiri bagi mendapatkan hasil yang baik untuk melegakan kesakitan.

    6.Pisang

    Pisang juga antara buahan yang baik dalam rawatan gout, ini kerana kandungan kalsium yang tinggi pada pisang mampu menukarkan kristal asid ke bentuk cecair yang boleh dirembeskan dari badan melalui sistem perkumuhan. Jumlah vitamin C yang sederhana amat berguna dalam mengurangkan bengkak dan kesakitan pada kawasan yang terjejas.

    Dengan mengamalkan pengambilan pisang dalam menu pemakanan harian sudah memadai untuk rawatan gout. Hanya dengan mengambil satu hingga dua biji pisang setiap hari atau dengan mencampurkan sebiji pisang bersama yogurt untuk melancarkan proses rembesan asid dalam badan dan juga mampu mengelakkan daripada cirit birit.

    7.Daun atau biji saderi

    Dalam merawat penyakit gout, daun saderi juga boleh dijadikan minuman berjus. Saderi diperkaya dengan anti-oksida dan polisakarida yang tinggi yang mampu meredakan kesakitan dan keradangan akibat penyakit gout. Bagi memperbaiki sistem imunisasi badan, anda boleh tambahkan saderi dalam makanan.

    Selain itu, anda juga mengamalkan teh biji saderi setiap hari dengan cara menumbuk 3-4 biji saderi dengan mencampurkan bersama air panas. Saderi juga dapat membantu menyihatkan badan terutama melawan kerosakan akibat radikal bebas atau tekanan oksidatif yang membawa kepada risiko keradangan berlaku.

    Kebiasaannya ia akan mengakibatkan penyakit yang lebih kronik seperti kanser, jantung dan lain-lain penyakit. Ada beberapa pengkaji telah membuktikan saderi mengandungi pelbagai jenis anti-oksidan, antaranya, asid fanolik, asid kaffeik dan asid ferulik. Saderi sangat bermanfaat dalam merawat pelbagai penyakit akibat daripada keradangan seperti penyakit sendi, gout, dan buah pinggang serta jangkitan hati, masalah kulit dan sebagainya.

    8.Garam Epsom

    Garam Epsom merupakan bahan yang sangat berguna untuk merawat penyakit gout dari rumah sahaja dan ia juga mampu merawat lain-lain bentuk artritis yang dihidapi oleh sesetengah orang. Kadar magnesium yang tinggi dalam garam Epsom berupaya mengawal tekanan darah tinggi dan jantung.

    Garam ini digunakan dalam rawatan gout adalah dengan merendamkan kawasan badan yang terjejas dalam rendaman air suam bercampur garam Epsom bagi melegakan kesakitan dan sengal-sengal pada otot.

    Berikut adalah teknik yang digunakan untuk penyedian air mandian garam Epsom dalam merawat penyakit gout. Langkah pertama ialah dengan memasukkan sebanyak 300mg garam Epsom ke dalam tempat mandian dan masukkan air panas. Kemudian, rendamkan badan dan bilas menggunakan juga air panas.

    Amalkan mandian ini sebanyak 2-3 kali seminggu. Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit gout, anda juga boleh mempraktikkan kaedah ini sebanyak seminggu sekali bagi menghalang keradangan dan masalah kulit.

    9.Arang aktif

    Arang aktif terkenal dengan keupayaan menyerap asid urik yang dihasilkan oleh badan dan sangat selamat digunakan untuk merawat penyakit gout. Bagi pesakit gout, anda boleh mencampurkan arang aktif ini dalam mandian dan mengamalkannya dua kali seminggu.

    Cara penyediaannya ialah dengan mencampurkan satu setengah cawan serbuk arang bersama air untuk menjadikan pes arang. Masukkan pes tersebut ke dalam air mandian. Gunakan bahan tersebut untuk merendam bahagian badan yang sakit kira-kira setengah jam dan ia terbukti berkesan dalam memulihkan penyakit gout pada sendi kaki dan buku lali.

    Bagi lain-lain bahagian, ia sesuai disapukan sahaja dan biarkan selama setengah jam dan bilaskan dengan air suam. Lakukan amalan ini dua hingga tiga kali seminggu dan sangat bagus jika ingin merawat penyakit gout dengan pantas dan pada waktu yang singkat. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda