BERADA di tengah-tengah pusat perubatan Novena, Klinik Pakar Dermatologi Renaissance terus berazam untuk menyediakan para pelanggannya pengalaman pusat rawatan setempat yang boleh dipercayai.
Klinik ini mempunyai kakitangan yang terlatih, fasih dalam pelbagai bahasa dan bersiap sedia berkhidmat untuk memberi penjagaan dan rawatan kepada pelanggan domestik dan antarabangsa dengan pelbagai keperluan dermatologi.
Ia juga telah diiktiraf secara meluas oleh agensi insurans kesihatan utama seperti IXCHANGE, NTUC, CIGNA, MSIG, AIA, Shenton, dan Parkway.
Pengarah Perubatan dan Pakar Dermatologinya, Dr. Noor Hanif, komited untuk menyediakan rawatan dermatologi yang berkualiti tinggi. Sebagai seorang pakar dermatologi yang diiktiraf, beliau menyediakan pelbagai jenis rawatan dan juga penjagaan kulit estetik.
Dengan pengalaman perubatan lebih dari satu dekad dan keazamannya untuk membantu, Dr. Hanif mampu membawa keremajaan kepada pelanggannya dan memperbaharui keyakinan diri mereka semasa berada di bawah penjagaanya.


Melalui kliniknya itu, Dr. Hanif telah membuat rawatan perubatan, pembedahan, dan dermatologi estetik yang komprehensif yang mana lebih mudah diakses oleh pesakitnya.
Dr Noor Hanif Said
Dr. Hanif adalah seorang pakar perunding dermatologi yang memenangi pelbagai anugerah dan mempunyai pengalaman perubatan selama 15 tahun. Selaras dengan nama kliniknya, Dr. Hanif menggunakan pengalaman dan kepakarannya dalam rawatan perubatan dermatologi serta penjagaan kulit estetik yang terkini.
Selain daripada masalah dermatologi yang biasa seperti ekzema, psoriasis, keguguran rambut dan jerawat, pesakit di Singapura dan dari rantau ini juga mendatangi beliau bagi prosedur dermatologi estetik termasuklah suntikan botok, laser, dermal fillers, pengelupasan kimia, targeted body sculpting dan menegangkan kulit.
Setelah tamat pengajian MBBS dari Universiti Nasional Singapura, Dr. Hanif telah menjalani latihan khusus dalam Perubatan Dalaman dan mencapai Keahlian di Royal College of Physicians, United Kingdom. Berikutan daripada itu, Dr. Hanif telah berjaya menamatkan Advanced Specialist Training dalam bahagian Dermatologi di National Skin Centre.
Beliau adalah seorang pakar yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan telah dianugerahkan sebagai Fellow of the Academy of Medicine (Dermatologi).
Sebelum menubuhkan pusat persendiriannya di Pusat Pakar Mount Elizabeth Novena yang terkenal, Dr. Hanif telah menghabiskan sebahagian besar kerjaya dermatologinya di Pusat Kulit Negara (NSC) dan Unit Dermatologi Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).
Dr Hanif juga telah membawa kepakaran perubatannya itu dalam bidang penyelidikan dan pengajaran.
Beliau bukan sahaja telah menulis beberapa jurnal perubatan tempatan dan antarabangsa, tetapi juga telah menulis salah satu bab dalam Asian Skin: A Reference Colour Atlas of Dermatology and Venereology (2nd edition).
Selain penerbitan, beliau telah membentangkan kertas akademik dalam bidang dermatologi di kebanyakan seminar dan perjumpaan saintifik serta telah dijemput sebagai penceramah di beberapa forum bagi mendidik orang awam mengenai keadaan kulit, rambut dan kuku yang biasa dialami.
Pada tahun 2011, beliau telah menerima Best Poster Award (Penyelidikan Klinikal) yang berprestij di Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura. Dr. Hanif juga menyumbang kepada dunia akademik menerusi tugasnya sebagai seorang tutor dan pemeriksa klinikal di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS).
Di samping itu, sebagai satu-satunya ahli dermatologi Melayu dan yang pertama di Singapura, Dr. Hanif telah muncul sebagai seorang pakar perubatan dalam program televisyen dan radio yang disiarkan di Mediacorp TV Suria dan Mediacorp Radio Warna.
Beliau juga telah banyak menyumbangkan artikel-artikel dalam media cetak.
Dr Hanif kini merupakan seorang ahli di Akedemi Perubatan, Singapura. Beliau juga merupakan ahli di Royal College of Physicians, United Kingdom; Chapter of Dermatologists, College of Physicians, Singapura; Dermatological Society, Singapura; American Society for Laser Medicine and Surgery dan juga Persatuan Perubatan Singapura.