Thursday, April 24, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raya ala kampung meriah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Dalam suasana penghujung Syawal, Kumpulan Xplorasantai Rider Brunei turut tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman salah seorang ahli kumpulan tersebut, baru-baru ini.

    Dengan membawa tema baju ala-ala kampung, majlis berkenaan telah diserikan dengan hiburan santai dengan dendangan lagu-lagu raya sambil menikmati juadah bersama.

    Selaku ketua kumpulan berkenaan, Awang Azlin bin Haji Lamat antaranya mengongsikan dengan adanya majlis sedemikian ia dihasrat agar semangat silaturahim yang wujud antara ahli kumpulan dan ahli keluarga tetap terjalin dari semasa ke semasa bagi sama-sama memanfaatkan masa terluang dengan kegiatan-kegiatan positif pada masa akan datang.

    Kumpulan Xplorasantai Rider Brunei bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN XPLORASANTAI RIDER BRUNEI
    GAMBAR SERAHAN KUMPULAN XPLORASANTAI RIDER BRUNEI
    GAMBAR SERAHAN KUMPULAN XPLORASANTAI RIDER BRUNEI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda