Tuesday, April 22, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raya Muhibah rai Aidilfitri dengan mualaf Daerah Tutong

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 22 APRIL – Dalam memperlihatkan keindahan agama Islam di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama mualaf, Pusat Dakwah Islamiah (PDI),  Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong telah mengadakan program ‘Raya Muhibbah’ hari ini.

    Program yang diadakan di rumah kediaman Dayang Hajah Nur Amalina binti  Abdullah Ang di Kampung Batang Mitus, Daerah Tutong telah dihadiri oleh Pengarah PDI, Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh selaku ketua rombongan.

    Turut hadir adalah Penghulu Mukim Kiudang, Haji Hirulizam bin Haji Jefrey @ Haji Khairulizam bin Haji Jefrey; Ketua Kampung Pangkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus, Awang Suhili bin Alas dan isteri dan Penolong Pengarah PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman. 

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong, Awang Salihan bin Samra.

    Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan hamper oleh PDI kepada warga bukan Islam yang disempurnakan oleh ketua rombongan. 

    Program ‘Raya Muhibbah’ berkenaan merupakan program kunjungan muhibah dan pada masa yang sama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama mualaf Daerah Tutong di samping sebagai salah satu usaha untuk menyebarkan lagi agama Islam khususnya kepada bukan Islam dan masyarakat amnya di Negara Brunei Darussalam.

    Antara yang hadir semasa program berkenaan.
    Haji Abd Rajid bergambar ramai bersama antara yang hadir semasa program berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda