Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raya Ria serlah bakat, semangat OKU

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Sempena Hari Raya Aidilfitri 1446/2025, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Peak Performance Sdn Bhd hari ini mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Pelatih-pelatih Pusat Bahagia Empat Daerah bertempat di Peak Club, Lebuhraya Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Majlis ramah mesra itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubu-ngan silaturahim Pusat Bahagia di keempat-empat daerah serta di antara para pegawai dan kakitangan kementerian, Peak BN dan rakan-rakan strategik KKBS bersama orang kelainan upaya (OKU).

    Majlis itu juga sebagai wadah untuk menyemai budaya kunjung-mengunjungi semasa hari lebaran di samping memupuk semangat inklusif iaitu menggalakkan penyertaan OKU dalam sambutan masyarakat agar mereka tidak rasa terpinggir, mengetengahkan bakat, minat dan meningkatkan keyakinan diri pelatih-pelatih PB dalam seni persembahan.

    Selain itu dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dengan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang keperluan, cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU dan menyemai nilai kasih sayang, empati, menanamkan sikap prihatin serta memberikan kegembiraan dalam kalangan masyarakat terhadap OKU.

    Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Guru Agama Pusat Bahagia Daerah Tutong, Awang Muhamad Tarif bin Haji Ali.

    Majlis diserikan lagi dengan bebe-rapa persembahan nyanyian dan tarian bertemakan Hari Raya daripada pelatih-pelatih Pusat Bahagia dari empat daerah serta daripada ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan (BDNAB), Awang Mohammad Hakim Imanuddin bin Asarwih bertajuk Raya Ria Pusat Bahagia yang mana liriknya telah dicipta oleh pengajar Pusat Bahagia Brunei Muara yang juga merupakan seorang OKU penglihatan, Awang Muhammad Jamary bin Danggat.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan di bawah KKBS, persatuan-persatuan di bawah Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU), rakan-rakan strategik dan Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh selaku pengerusi majlis.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar bersama golongan OKU bersama penjaga pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada ahli BDNAB. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda