Teringin nak beraya di Malaysia atau Indonesia kali ini? Apa keunikannya menyambut Hari Raya Aidilfitri di negara jiran? Suasana raya yang meriah menanti kunjungan awda! Perjalanan ini mungkin dah lama terpendam dalam hatimu.
Sama ada balik kampung atau bercuti bersama keluarga, melawat sanak saudara atau kawan lama, beraya bersama orang tersayang di tempat terpilih pasti mencorak kisah tersendiri. Lebih manis lagi, awda juga boleh ambil kesempatan untuk bersiar-siar, membeli-belah dan meneroka perkara baru. Jadikanlah percutian ini suatu pengalaman beraya yang cukup istimewa dan sukar dilupakan.
Muafakat ASEAN melangkaui sempadan
Ikatan sejarah, budaya dan ekonomi yang mendalam antara Brunei, Malaysia dan Indonesia menyerlahkan lagi semangat kesepakatan negara-negara ASEAN, terutamanya dari segi memupuk hubungan serantau di kalangan komuniti yang berbeza.
Memandangkan ketiga-tiga negara ini adalah majoriti Islam dan mendukung warisan Melayu, keserasian kekitaan sebegini mengeratkan lagi persaudaraan serantau termasuk menjalin kesalinghubungan melalui lawatan serantau.
Ibarat sebuah keluarga besar yang merangkumi komuniti berlainan di setiap pelusuk, ASEAN mudah memikat disebabkan kelebihannya meraikan “perpaduan dalam kepelbagaian”. Bagi perjalanan serantau musim raya ini, sama ada perjumpaan bersama keluarga, kawan atau orang tertentu, perjalanan anda akan terasa “lebih dekat di hati” apabila semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dikongsi bersama. Keharmonian sosial di kalangan komuniti ASEAN akan menyerikan lagi perayaan Aidilfitri.
Rasai keistimewaan beraya di Malaysia dan Indonesia
Malaysia dan Indonesia memang terkenal dengan sejarah dan budaya mereka yang tersendiri. Selain daripada tarikan persiaran, kedua-dua negara ini mempamerkan perayaan dan tradisi, seni dan kraf, warisan makanan dan pasar tempatan yang membawa unsur kepelbagaian etnik dan pengaruh penjajah.
Untuk menyelami budaya kehidupan komuniti tempatan, lawatan ke pasar tempatan amat disyorkan. Pasar adalah tempat yang menarik untuk menikmati makanan tempatan dan mencari kraftangan unik dan barang lain yang tidak terdapat di tempat lain. Sambil anda membeli-belah, carilah peluang untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan untuk lebih memahami cara hidup mereka.
Malaysia dan Indonesia menawarkan pelancongan bandar dan luar bandar yang meluas untuk selera berlainan. Ini termasuk tarikan sejarah, budaya, alam semula jadi dan aktiviti pengembaraan (terutamanya ekopelancongan seperti percutian pulau dan lawatan ke taman negara), membeli-belah (pusat beli-belah bertaraf dunia) penginapan (hotel dan rumah peranginan semua bajet), rekreasi (contoh: taman tema, kelab golf, tempat memancing, sukan air, mendaki, spa), hiburan dan lain-lain.
Lebih menyenangkan hati, disebabkan kos sara hidup yang lebih rendah di kedua-dua negara ini, kelebihan ini memberi fleksibiliti dari segi perancangan kewangan perjalanan awda.
Sama-sama mesra di poket dan hati
Pembangunan infrastruktur yang lebih baik dan globalisasi yang semakin berkembang merupakan pendorong perjalanan antarabangsa, iaitu satu fenomena yang berlaku di seluruh dunia. Ini bermakna konsep “perjalanan tanpa sempadan” semakin disanjungi ramai kerana jarak bukan lagi penghalang untuk percutian dan perjumpaan sosial.
Perjalanan mesra bajet yang dipimpin syarikat penerbangan tambang rendah telah membuka lembaran baru kerana ia membolehkan lebih ramai orang lagi membuat lawatan ke tempat asing. Penerbangan yang menggabungkan kemampuan, ketersampaian dan ketersambungan akan memanfaatkan semua lapisan masyarakat di samping mencipta pengalaman yang menyeronokkan.
Kemajuan teknologi internet dan digital memudahkan lagi proses perancangan perjalanan anda. Akses terhadap segala maklumat penting termasuk cadangan khas berdasarkan keperluan anda, tempahan tiket penerbangan dan hotel, perancangan jadual perjalanan dan kemaskini semasa – semuanya boleh dikendalikan oleh aplikasi mudah alih. Dengan kata lain, Ini bermakna perjalanan ke luar negara menjadi semakin mudah dan ianya boleh disempurnakan dengan hanya menggunakan hujung jari awda.
Rancang perjalanan anda dengan mudah dan cepat bersama AirAsia
Sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara dan selanjutnya, Kuala Lumpur menawarkan sambungan yang luas ke semua negara ASEAN dan destinasi lebih jauh lagi termasuk China, Jepun dan Australia.
Kedua-dua Kuala Lumpur dan Jakarta adalah destinasi popular setiap musim Raya. Sekiranya perjalanan balik kampung awda melibatkan mana-mana destinasi ini, AirAsia bersedia menyempurnakan perancangan perjalanan anda dengan beberapa klik sahaja!
Penerbangan AirAsia dari Bandar Seri Begawan (BWN) ke Kuala Lumpur (KUL) dan Jakarta (CGK) masing-masing mengambil masa kira-kira 2 jam dan 20 minit, dan 2 jam dan 30 minit sahaja.
Sekiranya anda merancang berkunjung ke Kuala Lumpur dan Jakarta sekali gus, semua ini boleh disempurnakan dengan kemudahan tempahan AirAsia yang komprehensif, termasuk penerbangan, perkhidmatan e-hailing, penginapan dan pakej pelancongan.
Tambang sehala all-in serendah BND119
Bagi memastikan lebih ramai orang boleh pulang ke kampung halaman dengan harga yang berpatutan, AirAsia menawarkan tambang sehala all-in serendah BND119 bagi penerbangan dari Brunei ke Kuala Lumpur atau Jakarta. Tawaran ini sah bagi tempahan dari sekarang hingga 6 April 2025 untuk perjalanan yang berlaku dalam rangka masa dari sekarang hingga 30 November 2025.
Seronok, baloi dan memberikan ketersampaian di merata sudut, penerbangan AirAsia meliputi benua Asia, termasuk seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya seperti China, Jepun dan Australia.
Tempahan dalam talian mudah sahaja
Klik dan muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui pautan di bawah:
untuk menikmati tawaran eksklusif ahli serta mengumpul mata ganjaran. Aplikasi ini turut membolehkan anda daftar masuk (check in) seawal 14 hari sebelum tarikh berlepas dan menggunakan e-Boarding Pass untuk menaiki penerbangan.
“Selamat Hari Raya” dan “Maaf Zahir dan Batin”.