Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rayu hukuman Pistorius ditambah

    JOHANNESBURG, 1 Nov – Pendakwa raya Afrika Selatan akan merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Oscar Pistorius dipanjangkan Jumaat ini, yang menurutnya, hukuman enam tahun penjara yang dijatuhkan ke atas Pistorius kerana membunuh teman wanitanya adalah “terlalu ringan”.

    Pihak berkuasa pendakwaan kebangsaan akan menghadapkan kes tersebut pada perbicaraan satu hari di mahkamah rayuan tinggi di Bloemfontein. Para hakim dijangka akan memberikan keputusan mereka setelah itu.

    Atlet paralimpik Reeva Steenkamp ditembak mati pada 2013 apabila Pistorius melepaskan tembakan sebanyak empat kali menembusi pintu tandas di bilik tidurnya yang didakwanya adalah akibat tersalah anggap bahawa teman wanitanya itu adalah pencuri.

    Pistorius pada mulanya didakwa bersalah atas kesalahan membunuh tanpa niat pada 2014, namun mahkamah rayuan telah menukarkan dakwaan terhadapnya sebagai kesalahan membunuh pada 2015.

    Pistorius, 30, yang ditahan di penjara pusat pemulihan Atteridgeville di Pretoria tidak akan dihadapkan di mahkamah Jumaat ini.

    “Kami percaya hukuman tersebut adalah terlalu ringan” kata jurucakap NPA Luvuyo Mfaku kepada AFP.

    “Mahkamah mempunyai kuasa untuk meringankan hukuman minimum 15 tahun bagi kesalahan membunuh, setelah menimbangkan keadaan, namun kami tidak dapat menerima sekiranya terlalu ringan.

    “Kami tidak boleh membiarkan situasi di mana kita bersimpati seseorang yang melakukan pembunuhan. Ia tidak sesuai jika dilihat dengan keberatan kesalahan itu.”

    Mfaku menafikan bahawa NPA sengaja menyasarkan Pistorius kerana kemasyhurannya.

    “Ini bukan bersifat peribadi, ini adalah mengenai prinsip, kami akan melakukan hal yang serupa kepada sesiapa sahaja”.

    Jurucakap bagi pihak keluarga Pistorius tidak dapat dihubungi untuk memberikan kenyataan, akan tetapi peguam belanya telah mengatakan bahawa mereka menerima hukuman yang dijatuhkan terhadap Pistorius. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda