Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Permohonan seorang lelaki tempatan agar hukuman bagi kesalahan sebelumnya untuk dijalankan secara serentak telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.
Muhd Mustaqim bin Haji Abdul Wahab menjalani hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan mencuri ketika dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan lagi kerana kesalahan mencuri dan melakukan khianat.
Mahkamah Majistret memerintahkan hukuman terakhir itu dijatuhkan selepas hukuman yang pertama dilaksanakan. Muhd Mustaqim mengemukakan rayuan di hadapan Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong agar hukuman tersebut dijalankan secara serentak.
Ketua hakim memetik Seksyen 261 (1) Kanun Hukuman Jenayah di mana ‘tidak memberikan kuasa tersebut kepada mahkamah (dan) budi bicara terbatas untuk memerintahkan hukuman penjara berikutnya untuk dimulakan sama ada dengan segera atau pada saat berakhirnya hukuman penjara sebelumnya’.
“Jelas, kedua-dua kesalahan tersebut adalah peristiwa yang sama sekali tidak berkaitan dan pelaksanaan hukuman penjara kedua untuk dimulakan pada waktu berakhirnya hukuman penjara pertama adalah wajar dan hukuman keseluruhan penjara tiga tahun sesuai dengan prinsip keseluruhan,” ketua hakim menyimpulkan.
Pendakwa Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli dan Mohammad Kamal Ariffin bin Ismail memberikan respon dalam rayuan diputuskan pada 24 Februari lalu.