Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rayuan ditolak, dua lelaki dihukum mati

    WASHINGTON, 25 SEPT – Dua lelaki yang berada dalam penjara maut di Amerika Syarikat (AS) telah dihukum mati kelmarin, termasuk seorang lelaki kulit hitam yang disabitkan dengan kesalahan membunuh tetapi tetap mempertahankan dirinya tidak bersalah dan mendapat sokongan daripada kumpulan hak sivil.

    Marcellus Williams, 55, dijatuhkan hukuman mati di negeri Missouri di tengah Amerika kerana membunuh Felicia Gayle pada tahun 1998, seorang bekas wartawan akhbar.

    Dia disahkan meninggal dunia pada pukul 6:10 petang waktu tempatan kelmarin, menurut Jabatan Penjara Missouri.

    Travis Mullis, 38, juga dihukum mati di Huntsville, Texas, kerana memijak anak lelakinya yang berusia tiga bulan, Alijah Mullis, hingga mati pada tahun 2008.

    “Saya menyesal atas keputusan mengambil nyawa anak saya. Saya memohon maaf kepada ibu anak saya, keluarga mangsa,” kata Mullis dalam kenyataan terakhirnya.

    Kedua-dua lelaki itu dihukum mati melalui suntikan maut, membawa jumlah keseluruhan pelaksanaan hukuman mati di AS tahun ini kepada 16 orang.

    Williams tetap bertegas bahawa dia tidak bersalah, dan kumpulan hak sivil NAACP telah menggesa Gabenor Michael Parson untuk menangguhkan hukuman matinya.

    Kelmarin, Parson berkata bahawa hukuman mati Williams di Missouri akan diteruskan walaupun terdapat bantahan. – AFP

    Joseph Amrine, yang dibebaskan dua dekad lalu selepas menghabiskan bertahun-tahun dalam penjara maut, berucap pada satu perhimpunan untuk menyokong banduan hukuman mati Missouri, Marcellus Williams, pada 21 Ogos, di Clayton, Missouri. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda