Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Rayuan Farid Kamil ditolak

    Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari, 40, gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis, dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, empat tahun lalu.

    Memetik laporan Bernama, Mahkamah Rayuan terdiri dari tiga panel Hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali sebulat suara telah menolak permohonan Farid selaku pemohon, bagi mendapatkan kebenaran merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Ogos 2021.

    Difahamkan, mahkamah telah menolak permohonan tersebut setelah mendapati persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh pemohon adalah tidak relevan selain permohonannya tidak mempunyai merit.

    Dalam pada itu, panel hakim turut menolak permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman bagi pertuduhan di bawah Sesyen 90 Akta Polis 1967, berikutan pihak pendakwa raya tidak menyatakan alasan mencukupi bagi menyokong permohonannya.

    Susulan itu, pihak pendakwaan hanya akan meneruskan rayuan si-lang terhadap denda RM5,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Farid atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah. Bagaimanapun, tarikh pendengaran rayuan masih belum ditetapkan oleh mahkamah.

    Untuk info, pendakwaan tersebut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah dan Zaki Asyraf Zubir manakala peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke bertindak bagi pihak Farid.

    Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan ke atas Farid, yang didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada 1:20 tengah hari, 11 Januari 2018, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan. – Agensi

    Farid Kamil gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...