Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Rayuan Kalwant ditolak, bakal jalani hukuman mati

    SINGAPURA, 6 JULAI – Sebuah mahkamah di Singapura hari ini menolak rayuan terakhir oleh penyeludup dadah warga Malaysia yang disabit bersalah, membuka jalan baginya dihukum gantung dalam tempoh beberapa jam.

    Kalwant Singh, 32, dijadualkan menjalani hukuman mati pada awal pagi Khamis, dua bulan selepas pelaksanaan hukuman mati ke atas seorang lelaki kurang upaya dari segi mental di Singapura yang mencetuskan kecaman antarabangsa.

    Kalwant, yang disabit bersalah pada 2016 kerana menyeludup heroin ke negara bandar itu, telah membuat permohonan terakhir dengan Mahkamah Rayuan bagi menangguhkan pelaksanaan hukumannya.

    Peguamnya, Too Xing Ji, membuat penilaian terhadap kes itu, mempertikaikan pada hari ini bahawa kliennya telah memberikan maklumat yang membantu pihak berkuasa menahan seorang suspek utama penyeludup dadah.

    Sementara hukuman mati adalah mandatori di Singapura bagi menyeludup dadah dalam jumlah tertentu, seseorang hakim boleh meringankan hukuman kepada penjara seumur hidup jika pelaku hanya bertindak sebagai pengangkut dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

    Namun panel tiga hakim mengetepikan rayuan Kalwant, memetik afidavit daripada Biro Narkotik Pusat

    Singapura yang menyatakan bahawa pegawai-pegawainya tidak menggunakan sebarang maklumat yang diberikan Kalwant untuk menahan suspek. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...