Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Seorang lelaki yang disabitkan kerana mencabul kehormatan seorang wanita gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi, selepas mencabar dua keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret.
Haji Nora’afbillah bin Ahmad Ja’afar didapati bersalah kerana menekan tubuhnya ke belakang seorang wanita di sebuah kedai serbaneka.
Perayu telah dikenakan hukuman penjara setahun berserta sebatan.
Dia kemudian mempertikaikan sabitan itu dengan mengatakan majistret bersalah dalam menganggap keterangan mangsa boleh dipercayai dan mengabaikan bukti dirinya serta penemuan mahkamah dengan penyataan polis yang ‘berbeza’ dan dalam mengakui rakaman CCTV kejadian itu.
Perayu juga mengatakan hukuman itu bersifat keterlaluan.
Peguam bela Sharah Abdul Hamid dari Messrs Hale Zainidi Ong mengemukakan permohonan untuk mewakili perayu.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi menjawab kes pendakwaan bahawa majistret tidak melakukan kesalahan dalam menyabitkan kesalahan.
Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong mengatakan mahkamah rayuan tidak akan mengganggu penemuan fakta mengikut undang-undang, dan majistret berpeluang membuat keputusan berdasarkan pemerhatian defendan dan mangsa semasa memberikan keterangan serta mengakui rakaman CCTV sebagai menyokong bukti mangsa dan tidak pernah dipertikaikan dalam perbicaraan oleh pihak pembelaan.
“Ini adalah perbuatan seksual yang menjijikkan oleh perayu terhadap seorang wanita yang sedang membeli-belah. Mahkamah mesti memberikan pesanan yang kuat bahawa tingkah laku seumpama ini tidak akan diterima,” kata ketua hakim ketika memutuskan hukuman itu sama sekali tidak berlebihan, walaupun rekod bersih perayu.