Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rayuan memakan diri sendiri

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Seorang pesalah rogol yang membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi kes terbaharu, sebaliknya telah memakan diri sendiri apabila Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menyemak semula dan menambah hukuman perayu kepada penjara 30 tahun.

    Lelaki tempatan berusia 56 tahun itu, yang identitinya dirahsiakan bagi melindungi mangsa, kali terakhir disabitkan atas kesalahan merogol selepas dibicarakan pada 31 Ogos 2019 dan dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun enam bulan.

    Mangsa yang juga merupakan cucunya itu berusia sembilan tahun ketika kesalahan berlaku di rumah keluarga mereka.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong yang mempengerusikan Mahkamah Rayuan pada 10 Jun lepas, dibantu oleh Hakim Conrad Seagroatt dan Michael Peter Burrell, mendapati tiada percanggahan dalam dapatan Mahkamah Perantaraan mengenai kes pendakwaan dan keputusan mensabitkan perayu.

    Mahkamah Rayuan juga melihat bahawa hukuman yang dijatuhkan sama sekali tidak keterlaluan.

    “Sejarah jenayah seks perayu bermula seawal tahun 1985 apabila dia disabitkan bersalah mencabul kehormatan seorang wanita,” nyata Ketua Hakim Negara.

    Beliau berkongsi lebih lanjut mengenai fakta bahawa perayu mempunyai tiga sabitan rogol sebelum ini berkaitan kesalahan seksual.

    Mahkamah juga mengambil kira usia mangsa masih muda dan dia telah menjadi mangsa dalam rumahnya sendiri.

    “Pesalah seks ini menjadi ancaman jelas kepada wanita dalam semua peringkat umur,” menurut mahkamah semasa membuat kesimpulan untuk meningkatkan tempoh pemenjaraan perayu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda